Pejam celek Pejam celek...
Januari sudah hendak melabuhkan tirai
tidak sangka
masa berlalu bergitu pantas
pelbagai perubahan berlaku
dalam sekelip mata
tinggal lagi
kita sedar atau tidak
sahaja
walau bagaimana pun jangan risau februari
mungkin membawa sinar baru
dalam diri
setiap insan
sama ada baik atau buruk
semua itu datang daripada Nya
yang maha kuasa
lihat sahaja dunia ini..
sekejap kita berada di atas
sekejap kita berada di bawah
lumrah kehidupan begitu lah
tiada siapa yang akan sentiasa
berada di atas
dan tiada siapa yang sentiasa akan berada
di bawah..
selamat tinggal Januari
selamat datang Februari
Comments
Post a Comment